Wednesday, November 10, 2010

bermulanya sebuah cinta

Nak share ttg KEKASIH aku? (aku type huruf besar tu sbb aku terlampau sangat sayang kat DIA! )Penyayang sifatnya. Betul ni..tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Sure akan datang bantuan.

Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA ->direct! Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah…KEKASIH,kan?!
Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni…tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang
seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan? DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab,kalau aku ingat & contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat.
Tak kiralah, material ke…spiritual ke…emm memang kekasih sejatilah tu!

Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu.Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi example lagi nak suruh aku faham. Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giller la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje.

Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu.Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun. Cuma aku je yang jeles ngan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta ngan DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul.Kata orang putih… what you give, you get back…so,
kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan?

KEKASIH aku ni baik sangat-sangat. Perfect! Tu yang kadang-kadang aku
tengah-tengah malam …area pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindulah! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya …millionaire…billionaire…dan ntah apa-apa naire lagi… Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support…caya tak? Free of charge…Tapi aku tak sedap hati la…
mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan?

Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la…pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja…cheewah!

DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu.Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius etc…

DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia.DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.
Malu la sebenarnya nak cakap ni. Emm…aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la… tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti
jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal. Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka.

Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang,
sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun! Ish! Rindu sangat dah ni!

KEKASIHKU..AKU BERJANJI, AKU AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI…
WALAU NYAWA DIGALANG GANTIKAN, MENGGADAIKAN CINTA TERAGUNG
INI, TIDAK SAMA SEKALI. WALAUPUN TAK PERNAH BERJUMPA, AKU TETAP BAHAGIA… ITULAH KEKASIHKU…ALLAH S.W.T..… CINTA
TERAGUNGKU! MAY THAT KEKASIH, OUT OF HIS SHEER MERCY, GRANT US ALL THAT TRUE AND PURE LOVE... AMIIN.

sahabat, aku ingin mengenalimu

Cara Mengenal Rakan Kita
Saya ada satu cara macam mana kita nak tahu perangai kawan-kawan kita. Cara ini ialah dalam bentuk soalan psikologi.

Sebenarnya abah saya yang ajar cara ni kepada adik-beradik saya satu ketika dulu. Dan saya dah pun praktikkan cara ini kepada ramai kawan2 saya.

Apa yang boleh saya katakan, cara ini merupakan cara orang tua2 dulu dalam membaca/mengenali perangai seseorang. Anda tak percaya?

Baiklah, saya minta anda cuba jawab soalan saya di bawah ini. Sila jawab dengan ikhlas. Tuliskan jawapan anda pada bahagian komen.

Hmm…sebetulnya ia bukanlah soalan sebenarnya. Tetapi ia lebih kepada satu bentuk pemilihan (tapi bukan pemilihan UMNO yer…hehe).

Baiklah, anda sudah bersedia untuk membuat pemilihan? Begini kisahnya….

Anda diminta untuk menanam sebatang POKOK KELAPA (Pokok Nyiur). Dan ada 4 tempat berasingan yang perlu anda pilih untuk menanamnya. Tempat2nya ialah :
1. Di tepi sungai
2. Di halaman rumah
3. Di tepi/tengah padang
4. Di belakang rumah / tepi dapur

Kalau anda lah, anda akan tanam di lokasi mana?
Fikir dengan tenang dan jawablah dengan jujur. Tuliskan jawapan anda di bahagian komen.
Nanti apabila dah cukup ramai yang telah menjawab, saya akan terangkan apakah rahsia disebalik jawapan yang anda berikan.
Yaa, berpandukan jawapan anda itu, saya akan dapat mengetahui sikit sebanyak tentang sikap/perangai anda. Kalau tak percaya, cubalah nyatakan pilihan anda. Ada berani ka?

Pertamanya, terima kasih kepada semua yang telah bagi respon dalam entri kali ini. Nampaknya ramai juga yang berminat nak tahu tentang teknik psikologi cara kenalpasti perangai seseorang ini yer.

Baiklah, tanpa melengahkan masa anda. Saya akan terangkan rahsia disebalik jawapan yang anda pilih tu. Samaada tepat atau tidak, anda lah yang lebih mengetahuinya. Mari kita periksa sama-sama.

Jawapan No1. : Di Tepi Sungai
Orang yang pilih kelapa tepi sungai ialah jenis orang yang BOROS! Dia amat sukar untuk berjimat. Ada saja duit, dia akan berbelanja, berbelanja dan terus berbelanja. Orang jenis ini juga boleh dikategorikan sebagai orang yang PEMURAH. Dan kadang2 seorang yang PEMBAZIR.


Jawapan No2. : Di Halaman Rumah
Dia seorang yang SANGAT SUKA DIPUJI. Orang jenis ini pantang dipuji, apabila kena puji sikit, dia akan jadi sangat baik dan sangat pemurah. Apabila ada orang bodek, maka dia akan begitu mudah terkesan dengan bodekan itu. Selalunya, setiap pujian yang dia terima, maka dia tanpa ragu2 akan membalasnya dengan kebaikan.


Jawapan No3. : Di Tepi/Tengah Padang
Maaf jika saya katakan bahawa, orang jenis ini berkemungkinan besar adalah seorang yang SANGAT BERKIRA! Senang kata, orang jenis ini mungkin seorang yang KEDEKUT. Dia sangat sukar untuk belanja kawan2 dia atau orang lain. Apabila melibatkan hal yang berkaitan dengan duit terutamanya, dia menjadi seorang yang sangat teliti dan sangat berkira-kira.


Jawapan No4. : Di Belakang Rumah / Tepi Dapur
Orang jenis ini adalah seorang PENJIMAT dan BIJAK MENGURUSKAN KEWANGAN. Dia selalunya mempunyai perancangan dan berpandangan jauh. Sentiasa mengambil kira soal masa depan dan untung rugi. Orang jenis ini adalah yang paling sederhana. Dia tidak kedekut, tidak boros dan tidak pula mudah termakan pujian/bodekan orang. Dia sentiasa rasional dalam tindakannya.


Sekian. Itulah apa yang diajar oleh abah saya tentang penerangan disebalik pilihan lokasi pokok kelapa ini. Setakat ini saya dah tanya soalan ini kepada berpuluh2 orang kawan saya. Dan majoriti memang mengena. Anda bagaimana?

Apa kata anda cuba praktikkan cara yang saya ajar ini kepada kawan2 anda. Anda cuba tanya dan nilai sendiri jawapan yang diberikan oleh kawan2 anda. Adakah mengena dengan perangai dan sikapnya?

langkah pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blogku ini..
(kalau ada la)

Pada hari ini,10 November 2010, aku melakar lagi satu pengalaman baru dalam hidup aku dengan adanya kehadiran blogku sendiri. Aku pun tidak mengerti kenapa hari ni hati ku, tanganku dan mindaku seolah- olah ditarik- tarik, dipaksa- paksa untuk menulis blog. Meskipun sudah hampir dua sem, kawan2ku mengajak aku mencipta blog, namun hanya pada saat ini hatiku mula terbuka. Apakah ini yang dinamakan hidayah Ilahi?

Subhanallah, Maha Suci Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Besar. Allah Maha Mengetahui setiap apa yang kita kerjakan.

Di malam yang hening ini, sesungguhnya aku tidak berniat untuk menulis apa- apa. Namun, tanganku yang dibimbingi dengan mindaku terus menaip dengan tujuan mereka yang tersendiri. Aku pernah mendengar satu tazkirah yang disampaikn (entah di mana tempat ia disampaikan, aku pun da lupa) yang berbunyi, sebenarnya banyak perkara yang kita lakukan dalam hidup ini adalah di luar sedar. Kadang -kadang tu, kita sebenarnya tidak sedar pun apa yang kita lakukan sehinggalah ada orang- orang di sekeliling kita yang menegur perbuatan kita itu. Buktinya, pernah suatu ketika dahulu ketika dalam perjalanan abangku nak menghantarku pulang ke Kolej Matrikulasi Johor (kolej yang paling aku sayangi), ada seorang pemuda ini dengan tidak semena- mena berdiri dan berhenti di hadapan kereta abangku yang melunjur sederhana di atas jalan. Pemuda ini tidak sedar yang dia sebenarnya berada di tengah- tengah jalan raya dek terlalu asyik meneliti pesanan ringkas yang barangkali dihantar oleh teman istimewanya. Hanya apabila abangku membunyikan hon, barulah pemuda tersebut sedar akan keberadaan dirinya pada waktu itu. Sebenarnya, berada dalam keadaan tidak sedar ini ada kebaikan dan ada keburukannya dan saya percaya bahawa semua perkara di atas dunia yang fana ini ada kekuatan dan kelemahannya seperti mana Allah telah mencipta setiap perkara berpasang- pasangan.

Siang pasangnya malam, masalah pasangnya penyelesaian dan sebagainya. Satu lagi cerita yang hendak aku kongsikan tentang tidak sedar ini adalah mengenai diriku sendiri. Pada sem ini, aku rasa amat bersyukur kerana aku mempunyai seorang rumet yang lebih baik dari rumetku dahulu. Bukan mahu membezakan mereka, namun baik yang aku maksudkan ialah ketaatannya kepada Allah. Dahulu, aku selalu diulit rasa bersalah, berdosa kerana aku jarang menasihati rumetku supaya melakukan perintah Allah yang wajib lima kali sehari itu. Mungkin kerana rumetku dahulu adalah seorang senior, jadi aku merasa terlalu kerdil untuk menegurnya sedangkan aku tahu itu satu kewajipanku. Aku takut mahu menegurnya kerana aku takut dia akan tersinggung dengan teguranku itu. Aku telah cuba untuk menegur dengan berhemah namun aku gagal melawan perasaan takutku itu. Aku gagal dan terus gagal selama dua sem itu. Aku rasa sangat hina, sangat kerdil pada pandangan Allah. Namun begitu, sebaik sahaja aku menerima rumet pada sem ini (almaklum la, aku masuk bilik ini terlebih dahulu sebelum dia), aku berazam untuk mengajak rumetku yang baru ini bersama- sama denganku melakukan kebaikan. Biar kita sama- sama masuk syurga.

Aku tidak mahu di akhirat nanti, di saat- saat aku sudah mahu masuk ke syurga, nikmat itu ditarik balik kerana aku tidak mengajaknya bersama- samaku sembahyang lima waktu di dunia dulu. Aku sedar aku ni bukanlah alim apalagi warak. Aku cuba untuk berubah ke arah itu tetapi ternyata aku belum berjaya dan aku dapat merasakan bahawa melakukan satu perubahan yang kecil dalam hidup adalah terlalu sukar. Ia memerlukan azam, semangat, daya juang yang tinggi dan istiqamah. Hmm, macam dah jauh terlajak, Berbalik pada cerita tidak sedar tadi, entah macam mana pada satu hari, rumetku ini sedang melepak- lepak atas katil sedangkan dia belum solat dan waktu solat pun dah nak habis, aku pun dengan tidak sedarnya telah ternyanyi lagu sepohon kayu. Tengah dok syok -syok nyanyi lagu tu, tiba- tiba rumet aku yang tengah landing atas katil tadi ni, tiba- tiba bangun, pergi bilik air kemudian dia masuk bilik dan sembahyang. Eh, aku pun berhenti menyanyi kerana terkejut. Tak terniat pun dekat hati aku ni nak perli dia dengan nyanyian tu. Tapi... tulah, nampaknya macam dia terasa. Dalam rasa serba salah, aku tetap mengucapkan Alhamdulillah kerana mungkin nyayian aku td ada bagi dia sikit keinsafan. Begitulah dua kisah tentang tak sedar itu. Mungkin kita boleh ambil teladan dan iktibar dari makna tersirat  dan tersurat dalam kisah tu.

Berpindah topik.

Tamatnya hari ini bermakna aku sudah melepasi 4 paper exam untuk sem 3 ni. Ada paper yang Alhamdulillah boleh dijawab dengan cemerlang, tidak kurang juga paper yang boleh dikategorikan sebagai killer paper. Paper yang killer tu memang la tersangat- sangat killer. Dah la carry mark paper tu low, tambah lagi dengan kekilleran final exam dia, aduhai, payah. Kini, untuk paper yang killer tu hanya mampu ku bertawakal dan berserah kepadaNya setelah ku berusaha. Moga- moga aku lulus la paper tu. Kalau boleh, semahu- mahunya aku tak nak ada istilah repeat dalam kamus hidupku sepanjang menjadi mahasiswa ini. Bagi paper yang dapat dijawab dengan cemerlang itu, moga- moga ku akan mendapat A sekaligus membantu CGPAku untuk terus maintain dalam paras selamat.

Bercakap tentang exam, peperiksaan, imtihan dan yang sewaktu dengannya membuatkan kotak mindaku dipenuhi dengan tanda tanya. Kadang- kadang aku faham dengan fungsi peperiksaan. Namun begitu, ada kalanya aku tak faham. Manusia memang tidak terlepas dari sifat keliru. Kita masuk sikit perihal negara. Sebenarnya, pada pandangan aku (pemikiran yang mungkin tidak terlalu matang ni), aku rasa tidak wajar jika PMR itu dimansuhkan. Aku ada sebab yang tersendiri mengapa aku berpendapat sedemikian. Cuba fikirkan, apa yang terjadi kepada seorang pelajar yang tidak berupaya untuk menerima apa yang diajar sejak tingkatan 1 terutama dalam bahasa Inggeris pada masa 5 tahun akan datang dalam hidupnya. Mungkin dia akan mempunyai masa depan yang agak mendung. Aku bukan ingin membuat prediksi, namun cuma kadang- kadang aku terfikir tentang itu kerana kau pernah bertemu dengan pelajar yang sedemikian. Dengan adanya PMR, mungkin pelajar tersebut boleh masuk teknik atau voK kalau dia memang dah tak berminat atau tak berupaya nak belajar dan menerima bahan- bahan akademik ini. Hmm, tapi ini semua adalah pandangan peribadiku semata- mata.

Apa- apa pun, peperiksaan tetap peperiksaan. Dengan adanya peperiksaan, ujian , exam, imtihan, kita dapat tahu sejauh mana kita faham apa yang kita dah belajar sepanjang kita hidup. Peperiksaan itu sebenarnya kayu pengukur untuk kita memperbaiki diri. Sebab, kalau kita sedar, semakin banyak kita belajar, semakin banyak perkara yang kita tidak tahu. Sesungguhnya ilmu Allah itu Maha Luas.

" ...dan sesungguhnya jika semua air di lautan ini digunakan untuk menulis ilmu Allah, nescaya ilmu Allah itu tidak akan habis ditulis walaupun air di lautan itu dah habis..."