Wednesday, November 10, 2010

langkah pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blogku ini..
(kalau ada la)

Pada hari ini,10 November 2010, aku melakar lagi satu pengalaman baru dalam hidup aku dengan adanya kehadiran blogku sendiri. Aku pun tidak mengerti kenapa hari ni hati ku, tanganku dan mindaku seolah- olah ditarik- tarik, dipaksa- paksa untuk menulis blog. Meskipun sudah hampir dua sem, kawan2ku mengajak aku mencipta blog, namun hanya pada saat ini hatiku mula terbuka. Apakah ini yang dinamakan hidayah Ilahi?

Subhanallah, Maha Suci Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Besar. Allah Maha Mengetahui setiap apa yang kita kerjakan.

Di malam yang hening ini, sesungguhnya aku tidak berniat untuk menulis apa- apa. Namun, tanganku yang dibimbingi dengan mindaku terus menaip dengan tujuan mereka yang tersendiri. Aku pernah mendengar satu tazkirah yang disampaikn (entah di mana tempat ia disampaikan, aku pun da lupa) yang berbunyi, sebenarnya banyak perkara yang kita lakukan dalam hidup ini adalah di luar sedar. Kadang -kadang tu, kita sebenarnya tidak sedar pun apa yang kita lakukan sehinggalah ada orang- orang di sekeliling kita yang menegur perbuatan kita itu. Buktinya, pernah suatu ketika dahulu ketika dalam perjalanan abangku nak menghantarku pulang ke Kolej Matrikulasi Johor (kolej yang paling aku sayangi), ada seorang pemuda ini dengan tidak semena- mena berdiri dan berhenti di hadapan kereta abangku yang melunjur sederhana di atas jalan. Pemuda ini tidak sedar yang dia sebenarnya berada di tengah- tengah jalan raya dek terlalu asyik meneliti pesanan ringkas yang barangkali dihantar oleh teman istimewanya. Hanya apabila abangku membunyikan hon, barulah pemuda tersebut sedar akan keberadaan dirinya pada waktu itu. Sebenarnya, berada dalam keadaan tidak sedar ini ada kebaikan dan ada keburukannya dan saya percaya bahawa semua perkara di atas dunia yang fana ini ada kekuatan dan kelemahannya seperti mana Allah telah mencipta setiap perkara berpasang- pasangan.

Siang pasangnya malam, masalah pasangnya penyelesaian dan sebagainya. Satu lagi cerita yang hendak aku kongsikan tentang tidak sedar ini adalah mengenai diriku sendiri. Pada sem ini, aku rasa amat bersyukur kerana aku mempunyai seorang rumet yang lebih baik dari rumetku dahulu. Bukan mahu membezakan mereka, namun baik yang aku maksudkan ialah ketaatannya kepada Allah. Dahulu, aku selalu diulit rasa bersalah, berdosa kerana aku jarang menasihati rumetku supaya melakukan perintah Allah yang wajib lima kali sehari itu. Mungkin kerana rumetku dahulu adalah seorang senior, jadi aku merasa terlalu kerdil untuk menegurnya sedangkan aku tahu itu satu kewajipanku. Aku takut mahu menegurnya kerana aku takut dia akan tersinggung dengan teguranku itu. Aku telah cuba untuk menegur dengan berhemah namun aku gagal melawan perasaan takutku itu. Aku gagal dan terus gagal selama dua sem itu. Aku rasa sangat hina, sangat kerdil pada pandangan Allah. Namun begitu, sebaik sahaja aku menerima rumet pada sem ini (almaklum la, aku masuk bilik ini terlebih dahulu sebelum dia), aku berazam untuk mengajak rumetku yang baru ini bersama- sama denganku melakukan kebaikan. Biar kita sama- sama masuk syurga.

Aku tidak mahu di akhirat nanti, di saat- saat aku sudah mahu masuk ke syurga, nikmat itu ditarik balik kerana aku tidak mengajaknya bersama- samaku sembahyang lima waktu di dunia dulu. Aku sedar aku ni bukanlah alim apalagi warak. Aku cuba untuk berubah ke arah itu tetapi ternyata aku belum berjaya dan aku dapat merasakan bahawa melakukan satu perubahan yang kecil dalam hidup adalah terlalu sukar. Ia memerlukan azam, semangat, daya juang yang tinggi dan istiqamah. Hmm, macam dah jauh terlajak, Berbalik pada cerita tidak sedar tadi, entah macam mana pada satu hari, rumetku ini sedang melepak- lepak atas katil sedangkan dia belum solat dan waktu solat pun dah nak habis, aku pun dengan tidak sedarnya telah ternyanyi lagu sepohon kayu. Tengah dok syok -syok nyanyi lagu tu, tiba- tiba rumet aku yang tengah landing atas katil tadi ni, tiba- tiba bangun, pergi bilik air kemudian dia masuk bilik dan sembahyang. Eh, aku pun berhenti menyanyi kerana terkejut. Tak terniat pun dekat hati aku ni nak perli dia dengan nyanyian tu. Tapi... tulah, nampaknya macam dia terasa. Dalam rasa serba salah, aku tetap mengucapkan Alhamdulillah kerana mungkin nyayian aku td ada bagi dia sikit keinsafan. Begitulah dua kisah tentang tak sedar itu. Mungkin kita boleh ambil teladan dan iktibar dari makna tersirat  dan tersurat dalam kisah tu.

Berpindah topik.

Tamatnya hari ini bermakna aku sudah melepasi 4 paper exam untuk sem 3 ni. Ada paper yang Alhamdulillah boleh dijawab dengan cemerlang, tidak kurang juga paper yang boleh dikategorikan sebagai killer paper. Paper yang killer tu memang la tersangat- sangat killer. Dah la carry mark paper tu low, tambah lagi dengan kekilleran final exam dia, aduhai, payah. Kini, untuk paper yang killer tu hanya mampu ku bertawakal dan berserah kepadaNya setelah ku berusaha. Moga- moga aku lulus la paper tu. Kalau boleh, semahu- mahunya aku tak nak ada istilah repeat dalam kamus hidupku sepanjang menjadi mahasiswa ini. Bagi paper yang dapat dijawab dengan cemerlang itu, moga- moga ku akan mendapat A sekaligus membantu CGPAku untuk terus maintain dalam paras selamat.

Bercakap tentang exam, peperiksaan, imtihan dan yang sewaktu dengannya membuatkan kotak mindaku dipenuhi dengan tanda tanya. Kadang- kadang aku faham dengan fungsi peperiksaan. Namun begitu, ada kalanya aku tak faham. Manusia memang tidak terlepas dari sifat keliru. Kita masuk sikit perihal negara. Sebenarnya, pada pandangan aku (pemikiran yang mungkin tidak terlalu matang ni), aku rasa tidak wajar jika PMR itu dimansuhkan. Aku ada sebab yang tersendiri mengapa aku berpendapat sedemikian. Cuba fikirkan, apa yang terjadi kepada seorang pelajar yang tidak berupaya untuk menerima apa yang diajar sejak tingkatan 1 terutama dalam bahasa Inggeris pada masa 5 tahun akan datang dalam hidupnya. Mungkin dia akan mempunyai masa depan yang agak mendung. Aku bukan ingin membuat prediksi, namun cuma kadang- kadang aku terfikir tentang itu kerana kau pernah bertemu dengan pelajar yang sedemikian. Dengan adanya PMR, mungkin pelajar tersebut boleh masuk teknik atau voK kalau dia memang dah tak berminat atau tak berupaya nak belajar dan menerima bahan- bahan akademik ini. Hmm, tapi ini semua adalah pandangan peribadiku semata- mata.

Apa- apa pun, peperiksaan tetap peperiksaan. Dengan adanya peperiksaan, ujian , exam, imtihan, kita dapat tahu sejauh mana kita faham apa yang kita dah belajar sepanjang kita hidup. Peperiksaan itu sebenarnya kayu pengukur untuk kita memperbaiki diri. Sebab, kalau kita sedar, semakin banyak kita belajar, semakin banyak perkara yang kita tidak tahu. Sesungguhnya ilmu Allah itu Maha Luas.

" ...dan sesungguhnya jika semua air di lautan ini digunakan untuk menulis ilmu Allah, nescaya ilmu Allah itu tidak akan habis ditulis walaupun air di lautan itu dah habis..."

No comments:

Post a Comment